Bekas perejam emas skuad sepak takraw negara, Futra Ghani, berharap pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) dapat mempertimbangkan hasrat Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk kembali dalam senarai sukan teras selepas digugurkan sejak 2017.
Jelas Gutra, banyak manfaat akan diperoleh industri sepak takraw domestik jika kembali dalam senarai sukan teras terutama melibatkan program pembangunan akar umbi.
Futra dalam perkembangan sama turut menyambut baik impian PSM memiliki stadium khusus untuk sepak takraw demi mengangkat martabat sukan tradisi itu ke tahap yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa.
“Memang selayaknya sepak takraw kembali dijadikan sukan teras kembali kerana ia untuk kesinambungan prestasi di peringkat tertinggi seperti ketika memenangi Piala Dunia.
“Kita juga memerlukan kesinambungan di peringkat pembangunan bakat, akar umbi dan sistem pendidikan.
“Saya harap pihak menteri dan MSN (Majlis Sukan Negara) dapat berikan sesuatu untuk sepak takraw mencari pelapis.
“Sepak takraw sepatutnya sudah lama ada stadium sendiri sebab sentiasa menghadirkan pingat.
“Dengan adanya stadium yang khusus, kita boleh anjurkan kejohanan termasuk antarabangsa.
“Kita sebenarnya menarik minat dan ia akan memudahkan pusat kecemerlangan di peringkat antarabangsa,” kata ketua jurulatih sepak takraw Malaysia B itu. – Staidum Astro