Daerah Sepang satu-satunya daerah di Selangor yang tersenarai sebagai kawasan cuaca panas tahap berjaga-jaga. Sebelum itu Jabatan Meteorologi Malaysia(MetMalaysia) mengeluarka amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga melibatkan 14 kawasan di semenanjung Malaysia. Selain Sepang, 13 kawasan lain yang turut tersenarai adalah Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang, Kedah selain seluruh Perlis.
Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Timur Luat dan Barat Daya di Pulau Pinang juga menjadi antara kawasan panas yang berada pada tahap berjaga-jaga. Kuala Kangsar merupakan kawasan di negeri Perak yang tersenarai. Kenyataan MetMalaysia ini dikeluarkan melalui laman sosial pihak MetMalaysia.
Jabatan tersebut memaklumkan indikator bagi tahap berjaga-jaga adalah apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Manakala tahap gelombang haba pula apabila suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – SelangorToday