
Ahli Dewan Negeri Seri Serdang, Abbas Azmi menyakini bahawa kelebihan yang ada di Seri Serdang sebagai citra sebenar masyarakat Negeri Selangor mampu menjadikan kawasan tersebut lebih maju dan berdaya saing.
Kata beliau, di DUN yang beliau pimpin setelah memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri Selangor tahun 2023 itu, mempunyai kampung-kampunag tradisi yang mengekalkan elemen transionalnya meskipun sekitarnya telah dikelilingi bandar yang pesat membangun.

Tambah Abbas, kawasan tradisi melayu, kampung cina dan orang asli masih ada dan terus diperkasakan melalui pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh beliau dan pasukannya.
Namun beliau melihat cabaran yang ada pada beliau hari ini bagaimana untuk meningkatkan kepesatan pembangunan di DUN tersebut setanding kawasan-kawasan sekitarnya seperti subang.
“Cumanya untuk kita nak pertingkatkan lagi aset-aset yang ada di DUN Seri Serdang ini supaya ia dikenali sebagai kawasan yang maju setanding dengan kawasan sekitarnya seperti Subang dan Sunway.” katanya dalam temubual bersama Selangor FM semalam.

Optimis dengan cabaran tersebut, Abbas yang memenangi kawasan tersebut dengan majoriti 10,752 undi yakin akan cabaran itu akan dapat diatasi memandangkan di kawasannya terletak juga pusat pendidikan seperti Universiti Putra Malaysia dan agensi penyelidikan seperti MARDI. Bagaimanapun sedikit masa diperlukan untuk merealisasikan wajah Seri Serdang yang lebih maju itu. –SelangorToday