SelangorToday

SERUAN SELAMATKAN PALESTIN BERGEMA DI BANGI DAN SELAYANG

Flashmob kepedulian kepada ancaman yang sedang berlaku di Palestin telah dianjurkan di Parlimen Selayang pada Jumaat. Simbolik solidariti keprihatinan dunia kepada Palestin serta kecaman kepada Regim Zionis Israel itu dianjurkan oleh Parti AMANAH Negara, Kawasan Selayang jam 5.30 petang.

Flashmob yang terdiri daripada pimpinan Parti AMANAH Negara kawasan tersebut diadakan bagi menyahut seruan Biro Mobilisasi Parti AMANAH Negara yang mahu semua ahli dan pimpinan Parti AMANAH Negara mengadakan aktiviti solidariti sehingga Regim Zionis Israel memberhentikan tekanan mereka kepada Palestin.

Sementara itu, minggu lalu, Parti AMANAH Negara Kawasan Bangi turut mengadakan flashmob yang sama selepas solat Jumaat. Dibawah pimpinan Hj Mazwan Johar selaku Ketua Parti AMANAH Negara Kawasan Bangi, ahli dan penyokong parti tersebut berkumpul menyatakan pendirian mereka kepada dunia serta memberi kesedaran kepada masyarakat awam terkait apa yang sedang berlaku di Palestin. – SelangorToday

Exit mobile version