SelangorToday

SETELAH BERTAHUN-TAHUN, DR. ASYRAF TARIK SEMULA KENYATAAN TABUNG HAJI TERHADAP DR. MUJAHID

Kes saman fitnah oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu Tabung Haji tiga tahun lalu diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.

Ia selepas Asyraf Wajdi menarik balik dan memadamkan kenyataan yang dibuat menerusi akaun Facebooknya pada 30 September 2019.

Penghakiman persetujuan itu kemudiannya direkodkan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir. Dalam kes ini, Mujahid diwakili peguam, Noorazmir Zakaria dan Atiqa Azmi manakala peguam Wan Muhammad Hafiz Wan Zawawi serta Aimi Shazwani Yaakob bagi Asyraf Wajdi.

Menerusi perkongsian di Facebook, Mujahid berharap pihak lain tidak mencetuskan kemarahan dan kebencian terhadap Asyraf Wajdi.

“Kita perlu menghormati prinsip lebih besar iaitu Islah Perdamaian Lebih Baik. Pilihan itu harus menjadi tanda aras, bukannya berterusan dalam kebencian dan permusuhan selamanya,” kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu.

Beliau turut mengharapkan, semua pihak agar dapat mengikut konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ dengan mengambil keberkatan daripada Rasulullah SAW.

Exit mobile version