SelangorToday

SETELAH TUMPU PEMULIHAN BANJIR, AMANAH LAKSANAKAN KONVENSYEN TERTUNDA

Parti Amanah Negara yang menangguhkan Konvensyen AMANAH Nasionalnya pada 19 Disember 2021 itu akan mengadakan konvensyen tertangguh itu pada 23 Januari 2022 di Wisma AMANAH Negara.  Sebagai rekod, AMANAH menangguhkan konvensyen untuk menumpukan kepada usaha membantu mangsa banjir yang melanda negeri Selangor pada 18 dan 19 Disember 2020. Presiden AMANAH, Yang Berhormat Tuan Hj Mohamad Sabu mengumumkan perkara itu beberapa jam sebelum konvensyen akan berlangsung juga turut terkanda di lebuhraya malam kejadian banjir tersebut.

Konvensyen yang tertunda ini menjadi tumpuan ahli-ahli parti AMANAH memandangkan Pilihan Raya Negeri Melaka dan Sarawak telah pun selesai, ia akan menjadi medan muhasabah kepada kepimpinan dan jentera parti setelah melihat dua pilihan raya negeri tersebut tidak menyebelahi Pakatan Harapan. Konvensyen kali ini terpaksa diadakan dengan jumlah perwakilan terhad secara fizikal melibatkan sayap-sayap AMANAH sahaja, manakala perwakilan daripada kawasan hanya menyertai konvensyen secara maya.

Mengambil tema AMANAH Paksi Kebangkitan Ummah, kelangsungan AMANAH sebagai parti berteraskan Melayu Islam akan dibincangkan secara tuntas dan jelas. Ucapan Presiden AMANAH akan menjadi tumpuan gerak kerja parti AMANAH menuju PRU akan datang.

Exit mobile version