SelangorToday

SHAMSUL AZRI DILANTIK KSN BAHARU

Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu berkuat kuasa 12 Ogos ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, lantikan beliau adalah bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan itu, lantikan Shamsul Azri juga telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Exit mobile version