SelangorToday

SHEIKH OMAR CABAR PAS AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG PADA DAP

Pemimpin berbangsa melayu dalam DAP, Sheikh Omar Ali hari ini mencabar Ketua Penerangan PAS, Ir. Khairil Nizam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap DAP jika benar DAP merupakan parti yang mengambil langkah melampau dalam pendekatannya. Tambah Sheikh Omar, DAP sejak ditubuhkan pada tahun 1966 telah menjadi sebuah parti yang sah di negara ini. Malah DAP bergerak atas lunas perlembagaan dan berjuang diatas prinsip-prinsip demokrasi yang diamalkan di Malaysia. maka jika benar DAP merupakan parti pelampau, mengapa DAP masih boleh bergerak sebagai parti politik hingga hari ini? Soal Sheikh Omar.

Sheikh Omar bekas Exco Johor mewakili DAP

Sheikh menegaskan, jika Khairil gagal mengambil langkah perundangan seperti yang dicabar, layaklah PAS tidak lebih mulia daripada sampah kerana hanya tahu menyebar fitnah dan kebencian tak berasas. Tambah bekas ADUN Paloh lulusan Agama itu, inikah yang diajar dalam Islam? Soal Sheik Omar perihal ftinah PAS. Jelas tindakan PAS telah menjatuhkan maruah Islam demi kepentingan sendiri. Sheikh memberikan 5 soalan balas kepada PAS bagi membuktikan bahawa PAS menggunakan agama hanya untuk kepentingan sendiri sahaja. Pertama, dimana kedudukan PAS ketika sudah menjadi sebagai sebahagian daripada pemerintah Kerajaan Persekutuan dalam membela nasib Arwah Adib? Sehingga hari ini isu ini tidak dapat diselesaikan oleh PAS.

Kedua, dimana PAS setelah PAS menghentam dan mengfitnah Menteri Hal Ehwal Agama Islam ketika HARAPAN memerintah, Dr.Mujahid Yusof berkaitan Tabung Haji? Akhirnya Tabung Haji sebenarnya telah diselamatkan oleh Dr. Mujahid. Ketiga, apa yang PAS telah lakukan untuk melaksanakan RUU 355 walaupun sudah menjadi kerajaan? Keempat, dimana teguran PAS apabila kerajaan beliau sendiri yang telah menaikkan cabutan undi daripada 8 di zaman HARAPAN menjadi 22 kembali di zaman PAS? Akhir sekali, apa pendirian PAS tentang rasuah yang terpalit dikalangan pimpinan BN termasuk bekas Perdana Menteri, Najib Razak? Mengapa PAS tidak mengamalkan budaya menegur selasa dengan konsep ‘man ra’a mingkum mungkaran fal yughayiruhu biyadih? – Selangor Today

Exit mobile version