Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Faiz Fadzil menempelak rakan sejawatnya Dr. Afif Bahardin yang mempersolkan kewajaran Dato Seri Anwar Ibrahim menerima sokongan sebagai Perdana Menteri daripada kelompok kluster mahkamah ataupun kleptokrat. Kata Faiz, sehingga hari ini meski ada pengakuan daripada Datuk Tajuddin Rahman dan Nazri Aziz bahawa mereka telah menandatangani surat sokongan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, namun sehingga hari ini ia tidak menjadi kenyataan dan keabsahan pengakuan dan sokongan itu masih mercurigakan.
Tetapi tambah Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional itu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dan Dato seri Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri yang telah dinobatkan atas sokongan kluster mahkamah. Ini jelas dan terbukti. Oleh itu kenyataan Dr. Afif mendesak Anwar Ibrahim menjayatakan pendiriaan dan kewajarannya menerima sokongan kluster mahkamah hanyalah helah Dr. Afif untuk mengelak daripada kenyataan sebenar bahawa beliau dan boss beliau juga iaitu Azmin Ali adalah orang yang bekerjasama dengan kleptokrat untuk membentuk kerajaan melalui langkah sheraton.
Anak kepada bekas Presiden PAS itu juga menjelaskan, kedudukan majoriti antara Ismail Sabri dan Anwar Ibrahim sangat tipis, maka jika kluster mahkamah yang dianggarkan 6 orang menarik sokongan kepada Ismail Sabri, maka jatuhlah Ismail Sabri selaku Perdana Menteri dan situasi ini telah pun berlaku pada Mahiaddin Md Yassin, maka dengan keadaan itu, jelaslah siapa yang bergantung dengan kluster mahkamah. Akhirnya, Faiz bertegas, bahawa dengan prinsip PH tidak bekerjasama dengan kluster mahkamahlah menyebabkan PH terus kekal sebagai pembangkang pada hari ini.