SelangorToday

SIDANG DUN | 81.9% POPULASI DEWASA SUDAH MENERIMA DOS PENGGALAK DI SELANGOR

Seramai 3, 728, 125 orang atau 81.9% daripada populasi orang dewasa di Selangor telah menerima dos penggalak. Manakala 167,388 orang atau 22.9% daripada populasi kanak-kanak di Selangor telah menerima dos pertama. Makluman ini dikemukan oleh Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amiruddin Shari ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus semasa sesi pertanyaan mulut Sidang Dewan Negeri Selangor pada Isnin.

Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu menambah, sasaran yang ditetapkan oleh Selangor adalah 70% kanak-kanak selesai mengambil dos 1 menjelang bulan April ini. Seterusnya beliau menambah, Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) ditubuhkan pada tahun 2021 merupakan usaha kerajaan negeri untuk memperkasakan peranan komuniti dalam meningkatkan advokasi dan kesedaran masyarakat berkaitan kesihatan awam.

Bagi menjawab soalan berkaitan usaha kerajaan bagi membendung peningkatan semula kes Covid-19, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua itu berkata, kerajaan akan mempertingkatkan aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan kepada masyarakat awam bagi tujuan meningkatkan liputan vaksinasi lengkap termasuk dos penggalak. Akhirnya, kerajaan akan mengubah strategi saringan daripada penggunaan RT-PCR kepada penggunaan RTK-Ag kendiri sebagai ujian pengesahan kes positif.

Exit mobile version