Selangor bertekad untuk melaksanakan Dasar Pertanian Selangor yang terkini iaitu Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) sebagai salah satu langkah untuk memenuhi Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara. Perkara ini dimaklumkan oleh Exco Pertanian Negeri Selangor, Ir. Izham Hashim dalam Sidang Dewan Negeri Selangor ketika menjawan soalan yang diajukan oleh Puan Juwairiya Zulkifli, ADN Bukit Melawati pada Isnin.
Tambah Pengerusi AMANAH Selangor itu, pelan terkini yang dilaksanakan itu akan terus membantu memastikan jaminan makanan di Selangor akan sentiasa mencukupi dengan merangkumi lima teras utama iaitu pertanian bernilai tinggi, pemodenan pertanian dan rantaian makanan bekalan makanan yang lengkap. Selain itu, dua teras lain adalah pembangunan agropreneur dan agro pelancongan. Ketika ini krisis jaminan bekalan makanan banyak dipersoalkan oleh ramai pihak. Tambahan pula, krisis peperangan yang berlaku di Ukraine dan Rusia menyebabkan bekalan makanan yang selalu dibawa masuk ke negara ini terjejas. Oleh itu, sidang Dewan Negeri Selangor kali ini menjadi tempat untuk mengukur tahap kesiapsiagaan Selangor memastikan bekalan makanan mencukupi.
Tambah ADN Pandan Indah itu, antara objektif pelan tranformasi ini bagi memastikan dari segi bekalan makanan yang mencukupi. Pelan ini menjurus kepada peningkatan keupaan Negeri Selangor meingkatkan produktiviti makanan mereka sendiri berbanding bergantung kepada bekalan luar. Selian itu, daripada segi ekonomi, pelan transformasi ini mampu meningkatkan peratusan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sebelum ini sektor pertanian hanya menyumbang tidak sampai 1% dalam KDNK. Akhirnya, dengan adanya pelan transformasi ini, Selangor berupaya meningkatkan pembangunan modal insan ataupun meningkatkan pendapatan masyarakat di Negeri Selangor. – Selangor Today