SelangorToday

SIDANG DUN | SULTAN SELANGOR RASMI PEMBUKAAN SIDANG DUN, NASIHAT AHLI POLITIK ELAK BERCAKARAN

Sidang Dewan Negeri Selangor bagi tahun 2022 telah pun  bermula sejak  14 Mac 2022 dengan dimulakn Istiadat Pembukaan, Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Sultan Selangor disambut oleh YB Tuan Ng Suee Lim, Speaker Dewan Negeri Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, Brig Jen Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman, Panglima 11 Briged dan CP Dato’ Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Selangor.

Sultan Selangor disambut oleh Menteri besar dan barisan Exco Selangor

Intipati dalam titah ucapan D.Y.M.M. Sultan Selangor, Baginda tidak mahu wakil rakyat menghabiskan masa dengan berpolitik untuk kepentingan parti masing-masing sahaja sehingga mengabaikan tugas dan peranan untuk membela nasib rakyat. Jangan asyik berpolitik siang dan malam untuk kepentingan diri masing-masing.

Sultan Selangor ketika bertitah

Dalam titah ucapan Baginda, Baginda berharap Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mengenepikan perbezaan fahaman politik dan dapat bekerjasama menangani masalah banjir di Lembah Klang supaya rakyat yang terlibat tidak menanggung penderitaan yang teruk dan trauma setiap kali berlaku musim hujan.

Exit mobile version