SelangorToday

SIDANG DUN | TAK AKAN NAK MINTA JAIS SELAMATKAN MANGSA BANJIR, SANY TEMPELAK PEMBANGKANG

Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Sany Hamzan menempelak Ketua Pembangkang DUN Selangor, Rizam Ismail berkaitan dakwaan Rizam bahawa kerajaan negeri lambat memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Sany Hamzan berkata semua agensi berkaitan menyelamat ketika bencana merupakan dibawah kuasa NADMA, manakala NADMA adalah agensi dibawah kerajaan persekutuan. Tambah beliau, kerajaan negeri tidak mempunyai aset dan agensi dibawah kelolaanya. Maka jika kerajaan negeri mahu membantu mangsa banjir sekalipun, apa aset dan agensi nak dikerahkan?

Pengarah Mobilasi AMANAH Nasional itu menempelak ADN Sungai Air Tawar ini lagi dengan menyatakan, tak akan kerajaan negeri nak kerahkan JAIS sebuah agensi Agama negeri untuk membantu mangsa banjir? Wal hal semua aset dan agensi berada dibawah arahan kerajaan pusat. Sebelum itu, Sany bertanyakan kepada Rizam, adakah beliau sedar bahawa semasa bencana berlaku, Menteri yang menjaga alam sekitar dan air pergi menunaikan umrah? Adakah ini tindakan yang wajar?

Dewan menjadi tegang apabila Ketua Pembangkang mula menyalahkan kerajaan negeri berkaitan pengurusan bencana banjir hujung tahun lalu. Beliau menyalahkan ketidak seragaman arahan antara Menteri Besar dengan agensi-agengsi bencana. Sedangkan agensi merupakan bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Exit mobile version