SelangorToday

SIMPANG JERAM TAPAK ASAS AMANAH DITUBUHKAN – ADLY

DUN Simpang Jeram juga merupakan tapak asas penubuhan parti itu pada 2015 yang banyak melakar sejarah parti, sekali gus bukti kekuatan akar umbi Amanah jelas Naib Presidennya, Adly Zahari

“Ramai orang tak ingat sebenarnya, di kala kita memulakan gerakan harapan baharu penubuhan Amanah itu tapaknya adalah di DUN Simpang Jeram.

“Saya yakin dengan kerjasama Kerajaan Perpaduan ini ditambah dengan kerajaan negeri saya fikir kerjasama antara PH dan BN di Johor akan dapat diterjemahkan melalui kemenangan yang lebih baik,” katanya.

Amanah yakin mampu mengekalkan dua kerusi parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor bulan depan.

Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata, berdasarkan rekod pencapaian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang memberikan perkhidmatan terbaik di dua kawasan berkenaan, tidak mustahil kerusi itu dapat dipertahankan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Membudayakan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Pertahanan di Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, di sini pada Selasa.

Exit mobile version