SelangorToday

SK TAMAN PERMATA KEBAKARAN: YB SAARI SUNGIB SEDIA BANTU

Pagi 15 Disember 2021, ADN Hulu Kelang, YB Hj Saari Sungib bergegas ke Sekolah Kebangsaan Taman Permata, Hulu Kelang melihat sendiri kejadian kebakaran yang berlaku di sekolah tersebut.

Kejadian kebakaran tersebut melibatkan pejabat pentadbiran sekolah tersebut. Tiada kemalangan nyawa yang terlibat dalam kebakaran ini memandangkan kejadian berlaku sebelum pekerja sekolah mula bertugas dan murid-murid sedang cuti sekolah untuk penggal kali ini.

Kata YB Saari Sungib yang juga Ketua AMANAH Kawasan Gombak, pihak beliau bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah untuk memberikan bantuan yang diperlukan. Mana-mana pihak yang ingin memberikan sumbangan boleh disalurkan ke:

1)Nama akaun : PIBG SK. TAMAN PERMATA

2) Pemegang account

3) Nama Bank : MAYBANK

4)  No akaun: 012204500320

5)Rujukan : “Infaq Kebakaran”

6) Whatsup resit di no 019 336 1002

Lawatan YB Saari diiringi oleh Guru Besar dan Yand Dipertua PIBG SK Taman Permata.

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

Exit mobile version