SelangorToday

SKANDAL LCS : SATU MALAPETAKA KESELAMATAN NEGARA

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr. Hatta Mohd Ramli berkata pendedahan skandal  perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua-Littoral Combatant Ship (LCS)  bukan sekadar satu bencana kewangan kerajaan tetapi ia malapetaka keselamatan negara. Sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Ahli Parlimen Lumut itu telah mengambil bahagian yang aktif dalam prosiding PAC berkaitan skandal LCS. Tambahan pula, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbesar terletak dibawah kawasan Dr. Hatta, maka skandal ini telah menjadi perhatian utama beliau.

Dr. Hatta, Ahli Parlimen Lumut

Tambah Setiausaha Agung AMANAH tu, fakta berkaitan rekabentuk LCS yang dipilih oleh telah diubah oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Dr. Ahmad Zahid Hamidi tanpa persetujuan TLDM sebagai pengguna kapal ini atau ‘end user’ telah mengejutkan ramai pihak termasuk masyarakat umum. Malah. Perubahan yang dilakukan berkaitan rekabentuknya, mendapat persetujuan Menteri Kewangan ketika itu, Najib Tun Razak. Lebih menarik lagi, Dr. Hatta mendedahkan bahawa Dr. Ahmad Zahid sendiri yang menukar keputusan yang dibuat dua bulan sebelumnya dengan berpindah pilihan daripada memilih rekabentuk SIGMA kepada rekabentuk GOWIND.

Dr. Hatta berkata lagi, rekabentuk SIGMA merupakan jenis kapal tempur yang telah teruji prestasinya dan memenuhi keperluan perkembangan TLDM, malangnya Dr. Ahmad Zahid memilih reka bentuk GOWIND yang dicadangkan oleh syarikat DCNS dari Perancis yang juga telah membekalkan kapal selam Scorpene kepada kerajaan sebelum ini. Bagi Dr. Hatta, perubahan pemilihan rekabentuk ini mendedahkan kepada ketirisan kewangan negara melibatkan RM 9 billion. Maka siasatan rapi perlu dibuat oleh SPRM seperti yang disyorkan oleh PAC serta Dr. Hatta sendiri bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). – Selangor Today  

Exit mobile version