SelangorToday

SKIM INSURANS PEDULI SIHAT (SIPS) DI JENAMAKAN SEMULA, SASAR 100,000 PENERIMA

Kerajaan Pakatan Harapan Selangor telah menjenamakan semula Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) sebagai program Iltizam Selangor Sihat (ISS). Skim yang sebelum ini memberikan manfaat kesihatan kepada seluruh rakyat Selangor itu akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Selangor dibawah pimpinan Exconya Dr. Siti Mariah Mahmud. Melalui ucapannya dipetik berkata, “Bagi memastikan rakyat terus menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik, Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Selangor 2022 telah memperuntukkan sebanyak RM55.5 juta bagi pelaksanaan program ISS.”

Dr. Siti Mariah Mahmud, Exco Kesihatan Awam selangor

Naib Presiden AMANAH itu memaklumkan pada tahun 2022, Kerajaan Negeri telah memperluaskan sasaran ISS kepada 100,000 penerima dengan beberapa penambahbaikan telah dilakukan termasuklah aspek syarat kelayakan, jenis manfaat dan tempoh sah laku kad. Bagi syarat kelayakan pula, ISS terbuka kepada rakyat Negeri Selangor yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang menghidapi penyakit kronik serta keluarga yang mempunyai isi rumah yang ramai.

ADN Seri Serdang itu juga menambah, keluarga dan individu yang layak boleh membuat tuntutan manfaat seperti kematian, kemalangan dengan kecatatan, penyakit kritikal dan pengebumian. Ahli ISS layak menuntut manfaat berjumlah RM6,000 iaitu RM5,000 bagi khairat kematian serta RM1,000 bagi pengebumian. Walaubagaimana pun Dr. Siti Mariah berkata, Tempoh sah laku kad ISS ditetapkan selama dua (2) tahun dari tarikh kelulusan. Oleh itu, beliau menyeru ahli ISS yang masih belum menuntut sebarang manfaat sejak Januari 2022 digalakkan untuk mengajukan tuntutan dengan kadar segera.

Exit mobile version