SelangorToday

SKUAD REGU DAN DOUBLE TAKRAW NEGARA TERIMA ANUGERAH KHAS SAM

Skuad regu dan double sepak takraw negara dipilih penerima Anugerah Khas pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2023 Khamis ini.

Naib Presiden SAM Mohd Hazreen Mubarak menerusi kenyataan memaklumkan, ia susulan pencapaian membanggakan atlet tersebut tahun lalu.

Mei lalu, skuad takraw kebangsaan meraih dua pingat emas dan satu perak pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Pasukan double dibarisi Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi menang straight set 17-16, 15-14.

Skuad regu dibarisi Farhan Adam, Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan Mohamad Azlan Alias dan Muhammad Haziq Hairul Nizam turut mencatat kemenangan dan mengesahkan gelaran juara milik Malaysia.

Dalam pada itu turut menerima anugerah atlet seni mempertahankan diri muda negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar.

Beliau telah menumpaskan Edgar Tabares yang merupakan juara Muay Thai antarabangsa WBC dalam penampilan sulungnya di Primetime US, ONE Championship tahun lepas.

Beliau belum pernah mengalami kekalahan dengan empat kemenangan berturut-turut selain ditawarkan kontrak bernilai AS$100,000. -Berita RTM

Exit mobile version