Menegaskan bahawa kemenangan yang di capai oleh Barisan Nasional dalam dua siri pilihan raya kecil di semenanjung, iaitu PRN Melaka dan Johor tidak menunjukkan bahawa UMNO memperoleh pertambahan sokongan. Hakikatnya undi BN khusunya UMNO masih sama seperti dalam PRU 2018. Namun, Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor, Hj Azli Yusof berkata, apabila PN membentuk pakatan baharu, PH dan pembangkang-pembangkang lain bertanding sama, maka undi yang diperoleh oleh PH sebelum ini terpecah banyak, menyebabkan UMNO-BN berjaya memenangi sebanyak kerusi yang maksima.
Berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan AMANAH Gombak di Lembah Keramat hujung minggu lalu, Hj Azli menegaskan perlunya satu langkah strategik untuk mengelakkan undi anti-BN ini berpecah seterusnya mampu menghalang BN memenangi banyak kerusi. Jika strategi itu tidak dipertimbangkan, mungkin Selangor juga sebagai negeri yang PH mempunyai kerusi terbanyak mampu digoyahkan hasil undi pecah ini. Sambil mengakui pengundi atas pagar mula protes kepada proses demokrasi di negara ini, ditambah pula dengan golongan muda yang berumur 18 tahun keatas sudah boleh mengundi, menyebabkan dinamika politik negara bergerak pantas. Oleh itu, Hj Azli mahu seluruh jentera parti digerakkan secepat mungkin, mala AMANAH sebagai parti pemerintah di Selangor wajar kehadapan berbanding parti pembangkang.
Bekas Setiausaha Politik Menteri Wilayah itu, juga mengingatkan para perwakilan dan pimpinan AMANAH Gombak yang UMNO-BN sangat terdesak untuk kembali merampas Selangor setelah diperintah oleh parti anti-BN selama hampir 14 tahun, maka jalan seterusnya adalah UMNO mahu menggunakan isu penyatuan Ummah sebagai strategi mereka menawan Selangor. Muafakat Nasional menjadi kecenderungan UMNO-BN di Selangor. Oleh itu, isu-isu melayu Islam perlu dirangkul oleh jentera parti menuju PRU akan datang.