Menutup tirai tahun 2024, politik Malaysia dikejutkan dengan satu keputusan mahkamah apabila seorang wakil rakyat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpendidikan doktor falsafah didapati besarlah melakukan fitnah kepada tiga orang pimpinan Parti Tindakan Demokratik(DAP).
Meskipun kita semua sedar bahawa PAS hanyalah sebuah parti politik berteraskan Islam, tidak menganggotai PAS bukan bererti tidak beragama Islam. Namun tindakan PAS itu yang dilihat menghalalkan amalan fitnah sedikit sebanyak mencemarkan imej Islam.
PAS pula yang kempunan menjadi kerajaan bikin lebih lemah dengan imej yang tercalar dek kerana kurangnya pemahaman kepada sesuatu isu. Secara kebetulan pemohonan semakan kehakiman bagi titah Adendum iaitu memberi tahahan rumah kepada bekas Perdana Menteri oleh Yang Dipertuan Agong ke -16 yang sedang dibicarakan, dilihat sebagai isu yang boleh dijadikan tempat berpaut untuk PAS melonjakkan semula imej parti itu.
Para pemikir PN khususnya PAS melihat solidariti dan kempen untuk membela Najib itu bukan sahaja mampu memperkukuhkan semula kepercayaan orang melayu yang kian pudar kepada PAS, namun lebih utama ia mampu menarik sokongan sebahagian UMNO yang masih sangsi dengan keikhlasan kerajaan MADANI serta amat menyayangi Presiden UMNO ke 6 itu.
Walau bagaimana pun, usaha ini terang-terang tidak mendapat sokongan atau persetujuan Pengerusi Perikatan Nasional(PN) Muhyiddin Yassin selaku peneraju tertinggi gabungan pembangkang. Usaha yang berimpak itu tidak mampu merelakan bekas Perdana Menteri ke 8 itu untuk menyatakan solidaritinya kepada Najib.
Hal ini demikian kerana, penubuhan BERSATU merupakan titik tolak kepada penentangan sebahagian pemimpin UMNO seperti Muhyiddin,Shafie Apdal, Tun Mahathir dan Mukhriz Mahathir terhadap dakwaan salah laku dan penyelewengan melibatkan Najib. Oleh itu, bagaimana pula, Muhyiddin yang menentang Najib kerana isu tersebut sehingga tersingkir daripada UMNO kini membela Najib semula.
Jika solidariti ini ditumpukan kepada usaha membela Najib atas ketidakadilan yang berlaku, janggal rasanya memandangkan Najib dipenjarakan semasa Muhyiddin menjadi pemerintah. Jika Muhyiddin mahu buat-buat agar Najib mendapat pengampunan diraja, bagi rakyat yang waras, usaha itu perlu berjalan semasa Muhyiddin mempunyai kuasa. Oleh itu tiada sebab yang munasabah untuk Ahli Parlimen Pagoh itu bersolidariti pada Najib.
Pun begitu, PAS yang mendominasi jumlah kerusi yang lebih besar sebagai pembangkang tetap meneruskan solidariti itu tanpa memikir soal wibawa dan keberadaan Muhyiddin selaku insan yang merealisasikan impian PAS untuk menjadi kerajaan beberapa tahun yang lalu.
Ini memberi maksud yang tersirat kepada situasi PN ketika ini. PAS beraksi tanpa menghiraukan restu daripada Muhyiddin kerana beliau tidak pernah memberi sebarang reaksi kepada isu tersebut.
Keadaan ini juga ditafsirkan sebagai tanda atau gambaran bahawa kepimpinan Muhyiddin mungkin berakhir. Sokongan PAS kepada Najib yang pernah didakwa sebagai tidak bersih itu memberi maksud yang Muhyiddin sudah tidak mampu mengemudi PN untuk meletakkan gabungan politik yang membentuk kerajaan selama 33 bulan itu sebagai kerajaan semula dipertengahan penggal ini.
Usaha yang dibuat berkali-kali oleh PN yang tidak berjaya telah mengalihkan tempat PAS dan sebahagian politikus BERSATU yang terkenal dengan aksi lompat-melompat berpaut dan sokongan. Erti kata lain, boleh dianggap bahawa PN tidak memerlukan Muhyiddin lagi dan selepas peletakan jawatan Ahmad Samsuri, pertelagahan calon PM dari PN serta yang terkini solidariti PN kepada Najib adalah sebagai tanda pintu keluar buat Muhyiddin.