SelangorToday

STADIUM SHAH ALAM : PEMUDA AMANAH SELANGOR CADANG DUA SOLUSI

Pemuda AMANAH Selangor terus menyokong tindakan Menteri Besar Selangor dalam menguruskan hal berkaitan Stadium Shah Alam yang mengalami kerosakan teruk. Melalui satu kenyataan medianya, Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Selangor, Nabil Norhalim memberikan keyakinan kepada kepimpin Menteri Besar serta pasukan dalam Pakatan Harapan menangani hal ini. Kata beliau, dengan perlantikan bekas pengarah JKR yang akan mempengerusikan Jawatankuasa khas bagi mepertimbangkan tindakan susulan berkaitan stadium Shah Alam ini sebagai wakil berkecuali yang sepatutnya tiada kepentingan peribadi dengan mengambil kira pengalaman yang beliau Ada selama  lebih 30 tahun. Jawatankuasa yang ditubuhkan itu khas untuk menilai solusi-solusi yang boleh diambil oleh kerajaan negeri bagi mengatasi isu stadium Shah Alam.

Dalam masa yang sama, Pemuda AMANAH Selangor mencadangkan supaya cadangan perbandingan Kos pemulihan dan kos pembinaan semula daripada pihak Jawatankuasa dibentangkan secara terbuka kepada rakyat Selangor. Rakyat juga perlu dimaklumkan dengan hasil kajian mengenai cadangan pembangunan ini  perancangan jangka masa pendek & panjang dengan mendapat pandangan daripada agensi kerajaan mahupun PBT seperti JKR, MBSA, JPS dan lain – lain lagi dengan mengambilkira  musibah banjir yang boleh berlaku dan pelbagai risiko yang lain lagi.

Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Selangor, Nabil Norhailm

Pemuda AMANAH Selangor meletakkan keyakinan mengenai Ketelusan pihak kerajaan negeri Selangor dalam membuat keputusan akhir mengenai cadangan pembangunan ini adalah wajar supaya ia akan memberikan manfaat kepada rakyat kebanyakkan, pencinta sukan dan kerajaan negeri. Tambah Nabil, perkara ini perlu diputuskan oleh Jawatankuasa yang telah ditubuhkan dan dibentangkan hasilnya dalam masa yang terdekat supaya tiada pihak dapat mengambil kesempatan terhadap isu ini dan dijadikan polemik politik bagi pihak yang ada kepentingan dalam usaha untuk menyalahkan kerajaan  negeri mengenai perkara ini.

Akhirnya Ketua Pemuda AMANAH Kota Raja itu menegaskan sebuah negeri yang ditadbirkan oleh Pakatan Harapan, kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan  “accountability” dalam melihat & memperhalusi  hasil kajian yang merangkumi dari segala aspek supaya pembangunan ini memberi manfaat kepada seluruh rakyat selangor dan tidak dilihat “Kerajaan U-turn” setelah sesuatu keputusan itu diambil.

Exit mobile version