SelangorToday

STEVEN SIM PROMOSI KAEDAH EKONOMI WAKAF MALAYSIA DI PERINGKAT ASEAN

BUKIT MERTAJAM, 1 Sept -- Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim ketika ditemui pemberita pada Jelajah Belanjawan 2024 Pulau Pinang dan Majlis Dialog Bersama Timbalan Menteri Kewangan hari ini. -- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Timbalan Menteri Kewangan, Stevem Sim telah mempromosikan Kaedah Ekonomi Wakaf Malaysia ke peringkat ASEAN dalam Persidangan Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor-Gabenor Bank Pusat di peringkat ASEAN di Jakarta Indonesia baru-baru ini. Kata Steven, mempromosikan Kaedah Ekonomi Wakaf  Malaysia untuk dijadikan sebagai salah satu kaedah Pendanaan alternatif yang boleh diteroka oleh rakan-rakan ASEAN yang lain.  

Selain itu, beliau menegaskan bahawa Malaysia menyokong penuh usaha memperluaskan Dana Covid-19 diperingkat ASEAN. Steven Sim yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP menambah, Malaysia turut menyokong usaha memperluaskan dana pelaburan ASEAN untuk tujuan Pembiayaan Ekonomi Hijau. Dalam masa yang sama, Malaysia juga telah mencadangkan penubuhan Pusat Kecemerlangan Kerjasama awam-swasta ataupun PPP Centre of Excellence di peringkat ASEAN bagi memudah cara pelaksanaan Perkongsian Awam-Swasta(PPP) di rantau ini.

Akhirnya, Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam telah mempromosikan Pelan Peralihan Tenaga Negara ataupun NETR. Katanya lagi, pelan yang baru dilancarkan itu akan menarik pelaburan sebanyak RM1.85 trilion menjelang 2050. Oleh itu, Malaysia menjemput rakan-rakan pelabur di peringkat ASEAN mahupun antarabangsa untuk turut serta khususnya dalam 10 projek teras NETR. Steven menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada Menteri Keuangan Indonesia Republik Indonesia, Ibu Sri Mulyani dan Gabenor Bank Indonesia, Pak Perry atas layana terbaik mereka sepanjang persidangan. – Selangor Today

Exit mobile version