1. Saya selaku AJK Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional terkejut melihat video buli yang sedang viral di Sosial Media.
2. Kejadian buli tersebut dengan pelbagai aksi ganas dan merbahaya amat mendukacita saya dan ia menggambarkan bahawa norma masyarakat kita telah semakin membarah dengan isu buli.
3. Dari kes kematian pelatih IPT awam sehinggalah kejadian buli di peringkat sekolah menengah dan rendah membuktikan bahawa anasir buli telah mencengkam anak bangsa kita.
4. Saya merasakan sudah tiba masanya kerajaan memulakan proses mereformasi sistem pendidikan secara holistik melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia,Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perpaduan, Agensi Agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri serta agensi-agensi berkaitan.
5. Reform yang dilaksanakan mestilah bersifat menyeluruh dari akar umbi sehinggalah keperingkat atasan bagi memastikan ia bukan reform separuh masak.
6. Dengan hanya reform sistem pendidikan di peringkat akar umbi hanya menggagalkan usaha ini kerana faktor kemenjadian anak bangsa bukan hanya pada pendidikan, namun melibatkan faktor persekitaran, oleh itu, semua kementerian yang berkaitan perlu memulakan usaha ini.
7. Pastinya arah tuju reform pendidikan itu berpaksikan pembangunan insaniah kerana isu buli menggambarkan anak bangsa kita miskin kasih sayang dan pembangunan diri.
8. Selain itu, reform pendidikan itu mestilah mampu membasmi kemiskinan jangka pendek dan panjang.
9. Faktor kemisikinan mungkin menjadi isu yang menekan anak bangsa sehinga mereka terpaksa melakukan aktiviti yang tidak bermoral.
10. Sudah tiba masanya kerajaan memulakan reform pendidikan demi memastikan masa depan anak bangsa terbela.
Cikgu Syazmir HN
Sekretariat JK Pendidikan PH