SelangorToday

SUHAIZAN KAIAT DIUMUM CALON HARAPAN PARLIMEN PULAI

PAS youth chief Suhaizan Kayat delivers his speech at the opening of 56th PAS youth muktamar in Shah Alam AZHAR MAHFOF/The star (3/6/2015)

Parti Amanah Negara (Amanah) menamakan Naib Pengerusi Amanah Johor Suhaizan Kaiat sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pulai, 9 September ini.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata jawatankuasa pemilihan calon juga memutuskan Timbalan Ketua Kawasan Bakri Nazri Abdul Rahman sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

“Jawatankuasa Pemilihan Calon Bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram telah bermesyuarat dan mengemukakan senarai calon kepada saya serta Ahli Jawatankuasa Nasional Amanah pada 17 Ogos 2023 untuk dimuktamadkan.

“Setelah mengambil kira semua faktor dan pandangan daripada Jawatankuasa ini, kedua-dua calon ini akan bertanding mewakili Amanah/Pakatan Harapan serta parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kematian Salahuddin yang merupakan penyandang kerusi itu pada 23 Julai lepas.

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Exit mobile version