SelangorToday

SUHAIZAN KAIAT MENANG DI PULAI, PENERUS LEGASI ‘BAPA RAHMAH’

Naib Pengerusi AMANAH Johor, Suhaizan Kaiat berjaya mempertahankan kemenangan di Parlimen Pulai apabila beliau diisytiharkan menang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan memperoleh 48,283 undi meninggalkan pesaingnya dari Perikatan Nasional dan Bebas. Beliau meninggalkan jauh calon PN dengan majoriti 18,641 undi. Calon PN, Zulkifli Jaafar 29,283 undi manakala calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi 528 undi.

Setiausaha Politik kepada Allahyarham Salahuddin Ayub selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu akan menjadi penerus kepada legasi RAHMAH yang dicetuskan oleh almarhum ketika era kepimpinannya. Suhaizan juga anak murid kepada Allahyarham diberikan tanggungjawab menjaga perihal di kawasan Pulai sementara almarhum bertugas sebagai menteri di Putrajaya. Pemilihan Suhaizan berjaya melumpuhkan pergerakan PN yang bercita-cita ingin menawan Parlimen Pulai dan menafikan majoriti 2/3 Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Berkat semangat jentera HARAPAN dibantu oleh jentera BN yang diketuai oleh bekas ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed telah berjaya memastikan calon HARAPAN yang mewakili PERPADUAN menang dengan majoriti besar. Suhaizan bakal mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat pada Isnin ini sempena Sidang Khas Parlimen. –Selangor Today

Exit mobile version