SelangorToday

SUKAN SEA KEMBOJA MEDAN DEDAH ATLET MUDA – HANNAH

KUALA LUMPUR, 6 Mac -- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bercakap pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Genting Malaysia Berhad dan Akademi Hospitaliti DHS di Kompleks Sukan Negara Bukit Kiara hari ini. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Objektif utama kontinjen Malaysia bagi temasya Sukan SEA di Kemboja pada kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada atlet muda dan pelapis.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata ia bagi memastikan negara tidak ketandusan bakat muda untuk beraksi di peringkat lebih tinggi selepas ini.

“Fokus Sukan SEA adalah untuk pembangunan dan persaudaraan. Jadi kita beri pendedahan kepada atlet muda dan pelapis supaya dalam Sukan Asia dan Olimpik ada barisan pelapis dan atlet muda yang berpengalaman,” katanya pada sidang media pemberian bantuan dan peruntukan di bawah kementeriannya di sini

Hannah juga yakin bahawa sasaran 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa yang diumumkan beliau pada Ahad lepas, adalah data yang realistik dan mampu dicapai.

Dengan para atlet dan pegawai sudah mula bertolak secara berfasa ke Phnom Penh, beliau berkata fokus untuk beberapa hari ini adalah untuk mengenal pasti dan menyelesaikan beberapa isu logistik yang mungkin bakal dihadapi.

Exit mobile version