SelangorToday

SUKMA 2024: SELANGOR SASAR TIGA NEGERI TERBAIK

Kontinjen Selangor kini dalam keadaan 85 peratus bersedia bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak pada bulan hadapan.

Exco Sukan Dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi berkata kontinjen negeri dalam proses memuktamadkan senarai atlet berkelayakan selain melipat gandakan usaha dan latihan secara intensif.

“Kita dalam keadaan cukup bersedia. Sekarang sudah 85 peratus persediaan. Kita juga sudah turun ke Sarawak untuk lihat persiapan lojistik di sana.

“Dalam masa yang sama kita juga dalam proses muktamadkan senarai atlet dan melipat ganda usaha dengan latihan selain sasaran kedudukan tiga teratas,” katanya ketika ditemui Selangorkini.

Najwan ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Bandar Nusa Rhu di sini.

Kejohanan SUKMA ke-21 dijadual bermula 17 hingga 24 Ogos dengan Sarawak menjadi tuan rumah bagi acara sukan dwi tahunan negara tersebut.

Mac lalu, Najwan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) memaklumkan kontinjen Selangor bakal menurunkan kira-kira 1,138 atlet yang akan mengambil bahagian dalam 37 jenis sukan pada SUKMA di Sarawak. – SelangorKini

Exit mobile version