SelangorToday

SULUH MINDA: PEMUDA BITARA MEMPUNYAI NILAI TAKWA YANG TINGGI

Pemuda Bitara ialah pemuda yang mempunyai nilai ketaqwaan kepada Allah SWT yang tinggi.

Kuat akan nilai ketaqwaan sahajalah mereka akan mampu mempunyai nilai moral cukup hebat dan unggul.

Fenomena ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam Surah Yusuf ayat 30 yang mengisahkan di mana Nabi Yusuf AS mampu mendepani segala ujian dan cabaran yang ada di hadapan mata beliau.

Yusuf AS berkeupayaan menolak sesuatu perbuatan yang boleh mendatangkan keaiban, keluarga diri dan masyarakat, sekalipun beliau berhadapan dengan segala bentuk tohmahan dan ugutan, namun beliau tetap tidak beranjak dan merubah pendirian atas nilai ketakwaan yang cukup ideal yang dimilikinya.

Pemuda yang bestari adalah pemuda yang mampu berhadapan dengan apa sahaja ujian dan cabaran, sekalipun cabaran itu akan memberi kesan kepada diri, nyawa dan kehidupannya.

Mereka akan mampu mendepani apa juga perkara yang boleh menghalang mereka melaksana tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diberikan kepadanya.

Setiap halangan akan dihadapi dengan baik dan penuh tanggungjawab, sehingga halangan itu akan lentur secara semulajadi.

.

Firman Allah SWT bermaksud “sebagai pemuda yang menjunjung tinggi akhlak dan moral pergaulan.

Ia memiliki penampilan fisik yang rupawan sehingga menarik hati bagi setiap wanita, termasuk isteri raja ketika itu yang bernama Zulaikha.

Tapi, dengan kekuatan keimanannya, Yusuf tidak mau berbuat khianat. (QS Yusuf [12]: 24).

Ia pun dikenal sebagai pemuda yang sangat amanah, terpercaya, dan mencintai ilmu sehingga ketika ia mendapat kesempatan menjadi pegawai awam, ia berhasil menunaikannya dengan sebaik-baiknya karena dua hal tersebut (jujur dan profesional). [QS Yusuf [12] ayat 55].

Exit mobile version