Tahap kualiti air sungai di Selangor berada dalam kategori selamat serta boleh dirawat untuk bekalan air bersih kepada pengguna. Menteri Besar, Dato Seri Amiruddin Shari berkata berdasarkan indeks kualiti air (IKA) Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati sebahagian besar sungai utama negeri ini pada tahap satu dan dua.
Kata Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu “Dalam laporan diberikan ada dua sungai pada tahap sederhana iaitu Sungai Klang dan sebahagian kecil Sungai Langat. Ada sungai IKA tahap 89 dan ini dianggap baik. Kalau ikut kriteria JAS tahap sederhana boleh diabstrak untuk air bersih cuma perlukan kos rawatan tinggi”.
ADN Sungai Tua itu bercakap selepas menyaksikan perjanjian memorandum persefahaman antara Lembaga Urus Air Selangor dengan beberapa agensi serta syarikat berkaitan kerajaan di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.