SelangorToday

SYABAS! LEE ZII JIA PEMAIN BADMINTON RANKING KE-6 DUNIA

Tahniah diucapkan kepada pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang sukses memperbaiki ranking BWF bagi dirinya setelah naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan keenam dunia.

Menerusi kemas kini terbaharu BWF melalui laman X ShuttleHard, bintang sukan itu mengatasi pemain perseorangan lelaki China, Li Shi Feng setelah mengambil kira mata tambahan selepas acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024 yang berakhir kelmarin.

Lee Zii Jia kini berada di kedudukan keenam dunia dengan pungutan mata keseluruhan sebanyak 83,716 mata.

Sementara itu, juara dunia Kunlavut Vitidsarn memperoleh lonjakan ranking paling tinggi sebanyak +4 anak tangga untuk berada di kedudukan ke 4 dunia setelah pencapaiannya meraih pingat perak Sukan Olimpik Paris. – Media Hiburan

Exit mobile version