Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan(NAFAS), Muhammad Faris Arriffin menafikan dakwaan yang dibuat oleh pihak tertentu yang menyatakan bahawa beliau meluluskan permohonan sumbangan dari NAFAS untuk Program Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Parlimen Kota Raja.
Melaluinya satu kenyataan ringkasnya petang ini, Faris menegaskan permohonan yang bertarikh 3 Mei 2023 tidak diluluskan dan dibayar oleh NAFAS.
Malah Faris yang merupakan tokoh berpengalaman dalam bidang teknologi dan korporat menejelaskan setiap permohonan dana melalui proses SOP yang ketat seperti yang ditetapkan. Ketika permohonan dibuat, arahan Faris adalah jelas untuk permohonan itu diurus mengikut peraturan dan peruntukan.
Dalam masa yang sama, Faris ketika mengemudi NAFAS sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Terbukti dalam kes yang didakwa, tiada sebarang bayaran dibuat membuktikan komitmen Faris terhadap prinsip ketelusan dan akauntabiliti.
Dakwaan kononnya sumbangan oleh NAFAS diberikan kepada pusat khidmat wakil rakyat yang sentiasa berlaku dahulu, kini tidak lagi diteruskan.
Walau bagaimana pun, Faris akan tetap memberikan kerjasama kepada semakan dalaman jika dilakukan.
Terkait dengan dakwaan tersebut, Faris memandang serius perihal penyebaran dokumen sulit tanpa kebenaran dan akan mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi reputasi dan integriti NAFAS. – SelangorToday