Site icon SelangorToday

Tak Faham Bahasa, Menteri Digital Basuh MP PAS

White and Green Simple Cinematic Youtube thumbnail_20251106_144802_0000

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Suasana Dewan Rakyat pagi ini sedikit tegang apabila Menteri Digital, Gobind Singh Deo menegur Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang didakwa tidak memahami isi perjanjian berkaitan komitmen digital serantau.

Teguran itu dibuat selepas Fadhli mempersoalkan sama ada kerajaan benar-benar mempertahankan kedaulatan digital negara atau menyerahkan kuasa kepada pihak luar melalui kerangka kerjasama digital antarabangsa.

Gobind bagaimanapun menegaskan bahawa Malaysia tidak menyerahkan kedaulatan digital kepada mana-mana pihak dan meminta Fadhli meneliti dokumen berkenaan sebelum membuat tuduhan.

“Saya minta Pasir Mas baca baik-baik, ya, baca baik-baik artikel yang berkaitan itu. Persetujuan itu lain, konsultasi itu lain. Ini perkataan yang sangat basic, saya tak faham kenapa di sebelah sana tu tak boleh faham bahasa yang mudah-mudah ni,” tegas Gobind.

Beliau turut menegaskan bahawa isu berhubung kedaulatan digital telah dibincangkan secara teliti dalam mesyuarat kabinet serta melibatkan pertemuan bersama menteri-menteri digital serantau setiap tahun.

“Setiap tahun kita ada mesyuarat peringkat ASEAN. Kita bincang di situ apa kebaikan untuk rantau ini. Jadi, tolong baca dokumen betul-betul dan tanya soalan yang cerdik. Kita nak bina negara ini bersama,” katanya lagi.

Gobind menutup penjelasannya dengan menegaskan bahawa kerajaan mengambil kira semua aspek dalam memastikan kepentingan dan kedaulatan digital Malaysia terus terpelihara.

Exit mobile version