SelangorToday

TAK PERLU PELANCARAN, MP SHAH ALAM REDAH BANJIR AGIH BANTUAN

Memilih untuk turun bersama petugas Pusat Khidmat Masyrakat Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad meredah banjir paras lutut untuk mengagihkan makanan dan sumbangan keperluan kepada mangsa banjir di kawasannya.

Setelah kenyataan rasmi oleh Presiden AMANAH, YB Mohamad Sabu yang memaklumkan AMANAH menangguhkan konvensyennya, Ahli Parlimen Shah Alam itu terus bergegas turun kelapangan untuk melihat keadaan sebenar banjir yang berlaku sejak petang Sabtu itu.

Lebih menarik perhatian apabila Pengarah Komunikasi AMANAH itu telah membeli kayak kembung atau ‘inflatable’ kayak yang digunakan untuk membawa makanan-makanan yang diserahkan kepada yang memerlukan. Idea kreatif mantan Menteri Wilayah ini telah mendampat perhantian pihak media termasuk para netizen.

Dalam keadaan begini, netizen yang anti-PH telah mula mempersoalkan keberadaan Khalid Samad ditempat yang ditimpa banjir. Namun selepas berita Khalid Samad menggerakkan inisiatifnya bersama para sukarelawan dan ARiF (badan aktivis kemasyarakatan AMANAH Nasional) menyampaikan bantuan, telah menutup mulut-mulut netizen yang mempersoalkan keberadaannya.

Seksyen 24 Shah Alam merupakan kawasan yang paling teruk akibat bencana banjir ini. Namun PKM Parlimen Shah Alam telah menyusun gerak kerja bagi memastikan mangsa dapat diselamatkan secepat mungkin.

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

Exit mobile version