SelangorToday

TAPAK PERKHEMAHAN DI SELANGOR WAJIB DAFTAR PBT MULAI HARI INI

Bermula esok, semua pengusaha tapak perkhemahan di Selangor perlu berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjamin keselamatan pengunjung.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata keputusan itu dicapai menerusi bengkel penyediaan garis panduan pemutihan tapak perkhemahan bersama pelbagai agensi baru-baru ini.

Beliau menjelaskan syarat umum kelulusan diberi mengikut kesesuaian tapak perkhemahan dan syarat perlesenan yang wajib kepada pengusaha di tanah persendirian.

Ng Sze Han (dua, kiri) bercakap ketika sidang media Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pemutihan Tapak Perkhemahan Negeri Selangor di Hotel Dorset Grand Subang

“Ketika ini, kita tidak letakkan tarikh akhir bagi pendaftaran, ia mungkin akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari berkata garis panduan berhubung ketetapan dan peraturan aktiviti perkhemahan akan dikuat kuasa untuk menjamin keselamatan nyawa.

Ia susulan kejadian tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali pada Disember lepas yang mengorbankan 31 nyawa.

Exit mobile version