SelangorToday

TARIF BAHARU AIR SELANGOR, PENGGUNA DOMESTIK TIDAK TERLIBAT – IZHAM

Exco Kemudahan Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim memaklumkan bahawa, meskipun Air Selangor memaklumkan penguatkuasaan tarif air di Selangor, namun ia hanya melibatkan pengguna bukan domestik antaranya premis kormesial dan industri. Selain itu ia juga melibatkan rumah ibadat dan kapal berkuat kuasa 1 Ogos 2022. Sebaliknya, pengguna domestik iaitu pengguna daripada kalangan rakyat biasa yang melibatkan perumahan akan terus kekal menikmati kadar tarif yang sama seperti sebelum ini.

Kenaikan Tarif Air Selangor tidak melibatkan rakyat biasa

Tambah Pengerusi AMANAH Selangor lagi, purata kenaikan yang melibatkan 20 sen setiap meter padu itu dianggap masih rendah dan tidak melibatkan pengguna domestik. Beliau berkata, untuk penggunaan bukan domestik seperti komersial dan industri kenaikkannya adalah daripada RM2.07 kepada RM 2.62 melibatkan 0 hingga 35 meter padu. Jika melebihi 35 meter padu, kiraannya RM2.86 daripada RM 2.28. Manakala untuk rumah ibadat pula, kiraannya menggunakan kadar rata (setiap meter padu) iaitu 46 sen, meningkat kepada 58 sen untuk setiap meter padu. Begitu juga kategori kapal, dengan setiap meter padu, RM 4.23, kini dilaraskan RM7, jelas beliau di Dewan Negeri Selangor.

Tambah ADN Pandan Indah itu, usaha penyelarasan tarif baharu ini diharap dapat membantu mengukuhkan semula kedudukan Air Selangor khususnya dari segi mengawal perbelajaan modal yang tinggi. Selain itu, ia juha memastikan kesinambungan serta kelangsungan operasi syarikat pengurusan air itu. Sebelum ini, Ir. Izham menyatakan bahawa banyak kos yang ditanggung termasuk penggantian paip sekitar RM150 juta setahun.  – Selangor Today

Exit mobile version