SelangorToday

TEKANAN KERAJAAN PUSAT PADA PAS : HJ. HADI BERBOHONG?

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad menempelak dakwaan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Marang, Haji Abdul Hadi Awang yang mendakwa sejak kerajaan perpaduan ditubuhkan diperingkat pusat, kerajaan pusat telah menekankan kerajaan PAS di tiga negeri sehingga menyebabkan proses pembangunan negeri terbantut. Kata Khalid Samad, PAS telah memerintah tiga negeri dalam tempoh 3 tahun, sejak pertukaran Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat berkali-kali pun, masih tidak ada apa-apa perubahan yang mampu dilakukan oleh PAS. Dulu dan kini PAS tetap tidak melakukan perubahan dalam kerajaan negeri.

Bagi keberadaan wakil persekutuan dalam menguruskan peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat kepada rakyat di Negeri PAS, bagi Khalid ia tetap tidak mempengaruhi kelangsungan PAS untuk mentadbir negeri, hal ini disebabkan kerajaan negeri telah diberikan senarai tugas dan fungsi yang ditetapkan oleh perlembagaan dimana ia tidak akan terganggu meski siapa pun memerintah kerajaan pusat. Jelas bekas menteri Wilayah itu, kerajaan pusat memperuntukkan RM50 juta bagi negeri PAS yang dilanda banjir hujung tahun lalu, maka dimana bukti yang menyatakan bahawa kerajaan pusat menekan kerajaan negeri pimpinan PAS? Adakah Hj Hadi berbohong?

Malah Khalid menepis dakwaan bekas Duta Khas Ke Timur Tengah itu bahawa PH lah yang mewujudkan sentimen Islamophobia, sedangkan kata beliau, Islamophobia ini tercetus akibat pendekatan PAS yang sudah berubah apabila Hj Hadi memimpin PAS. Mengapa semasa Tok Guru Nik Abdul Aziz berada dalam kepimpinan PAS, orang bukan Islam berani dan mahu mendekati PAS serta Islam? Ini kerana pendekatan dan gaya politik ketika itu mengambil kira kedudukan masyarakat majmuk di Malaysia. Sebaliknya pada hari ini, PAS mengamalkan pendekatan sebaliknya yang menggagalkan proses dakwah PAS kepada bukan Islam. – Selangor Today

Exit mobile version