Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos bin Zareef mencadangkan Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul bin Abdul Aziz dijadikan ‘poster boy’ Barisan Nasional di Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Kata Jamal, jika cadangan ini dipersetujui oleh Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, maka cadangan ini boleh dilaksanakan pada PRU akan datang. Tambah beliau, usaha ini merupakan strategi yang berkesan apabila BN menggunakan strategi ini di Johor dan Melaka. Menonjolkan wajah yang lebih muda dan segar akan menambah keyakinan rakyat pada BN.
Sebelum ini beberapa nama disebut bagi mengetuai jentera BN merempuh kubu kuat PH iaitu Selangor. Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo mengumumkan bahawa beliau ingin kembali semula dalam pertarungan Pilihan Raya Umum akan datang. Namun pengumuman itu ditempelak oleh Jama sendiri dengan meminta agar Dr. Khir berhenti sepenuhnya dalam politik. Selain Dr. Khir dan Tengku Zafrul, Noh Omar selaku Pengerusi BN Selangor antara nama yang kehadapan mengetuai BN di Selangor.
Meyakini bahawa rakyat Selangor kembali menyokong BN, Jamal percaya cadangan itu mampu melonjakkan sokongan kepada BN lebih besar. BN kembali ghairan ingin menawan Selangor setelah melihat kejayaan separuh masak BN di PRN Melaka dan Johor. Keyakinan itu dipercayai akan mempengearuhi pola undian di Selangor. Malangnya Dr. Khir selaku tokoh politik Selangor yang berpengalaman mengakui bahawa rakyat Selangor masih kekal utuh menyokong PH.