SelangorToday

TIADA SEBAB UNTUK MERUNGKAIKAN PERJANJIAN PH, SERTAI MUAFAKAT NASIONAL – DR. MUJAHID

Timbalan Presiden AMANAH Dr. Mujahid Yusof Rawa berpendapat setakat ini tiada sebab untuk mereka merungkaikan perjanjian PH-Amanah yang dimeterai sekian lama untuk menyertai Muafakat Nasional(MN). Kata beliau melalui laman portal Free Malaysia Today, sepatutnya MN bersedia mengukuhkan kedudukan negara hari ini dan bersama kerajaan perpaduan dalam apa jua bentuk dikira sesuai. Tambah Dr. Mujahid lagi, kestabilan politik adalah penting seperti mana yang ditegaskan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam titah diraja baru-baru ini.

Selain Dr. Mujahid yang juga Ahli Dewan Negara, Naib Presiden AMANAH, Mahfuz Omar juga menolak pelawaan PAS untuk bersama mereka dalam Muafakat Nasional. Tegasnya, kerjasama itu tidak perlu kerana PAS, antara pelopor MN telah menolak muafakat perpaduan bagi membentuk pentadbiran Putrajaya selepas PRU15. Mahfuz turut berkata, parti itu tidak akan menyertai Muafakat Nasional (MN) kerana enggan menjatuhkan kerajaan seperti dilakukan komponen itu terhadap Pakatan Harapan (PH), merujuk kepada Langkah Sheraton pada 2020.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar dalam podcast Keluar Sekejap semalam yang terbuka “menghidupkan semula” MN menerusi kerjasama politik antara parti berasaskan Melayu termasuk serpihannya, AMANAH. Sebelum kenyataan Samsuri itu, Mursyidul Am Hashim Jasin pada 14 Feb lalu berkata “yakin” ada perbincangan secara tidak langsung antara pimpinan partinya dengan Umno bagi menghidupkan MN, digagaskan ketika kedua-duanya dalam blok pembangkang sebagai usaha penyatuan ummah pasca PRU14. – SelangorToday

Exit mobile version