Site icon SelangorToday

TIADA SEBARANG NOTIS STATUS KEAHLIAN ADN SELAT KLANG DITERIMA – SPEAKER

Tiada sebarang notis berkaitan status keahlian Ahli Dewan Negeri(ADN) Selat Klang, Abdul Rashid Asari dalam BERSATU yang diterima oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San. Memetik berita di laman portal FMT, Lau berkata sama ada kekosongan kerusi DUN Selat Klang berlaku atau tidak belum boleh diputuskan setakat ini memandangkan notis keahlian wakil rakyat tersebut daripada BERSATU belum dihantar kepada pihak Speaker Dewan Negeri Selangor.

Kenyataan itu terpaksa dikeluarkan apabila Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal mendesak speaker bagi Dewan Negeri Selangor dan Dewan Rakyat untuk mengisytiharkan kekosongan bagi kesemua wakil rakyat yang telah dipecat daripada BERSATU. Desakan ini susulan daripada pengumuman Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Abdullah bahawa berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Nenggiri yang disandang oleh Mohd Azizi Abu Naim semalam.

Lau yang juga ADN Banting menyatakan bahawa beliau enggan melayan desakan Ketua ARMADA BERSATU itu memandangkan notis keahlian daripada BERSATU belum diterima. Tambahan pula beliau enggan memberi maklum balas sama ada keputusan yang bakal dibuat tidak sama ada dengan DUN Kelantan atau sebaliknya.

Sebelum ini Rashid mengisytiharkan sokongannya kepada pentadbiran Dato Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. Manakala enam ahli parlimen lain mengumumkan sokongan beliau kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. – SelangorToday

Exit mobile version