Site icon SelangorToday

TIDAK RASMI!! BN TAWAN DUN NENGGIRI

Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (dikenali sebagai Awie) berjaya merampas kerusi DUN Nenggiri daripada calon PN Mohd Rizwadi Ismail yang menggunakan logo Pas bertarung satu lawan satu untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat kerusi DUN di Kelantan.

Ini merupakan pilihan raya kecil pertama sejak pilihan raya umum 2022 dan pilihan raya negeri 2023 yang menyaksikan kerusi bertukar tangan.

BN telah melepasi ambang 50 peratus undi dengan 43 dari 47 saluran mengundi telah dikira.

Setakat jam 8 malam, BN telah memperolehi 8,202 undi jauh mengatasi PN yang hanya mendapat 5,176 undi dengan majoriti 3,026 undi.

BN terus mendahului dengan undi lebih 2,500 undi sejak jam 7 malam ini dan PN dijangka tidak akan mampu mengejar lagi.

Sementara itu di bilik gerakan BN, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan terima kasih kepada pengundi Nenggiri kerana mengembalikan kerusi tersebut kepada gabungan itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada bekas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atas sokongan kepada Awie.

Exit mobile version