Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari mengadakan lawatan kerja Sabah bermula 23 Januari 2024 untuk meninjau perancangan dan perjalanan operasi pertahanan di sana. Beliau memulakan lawatan pertamanya ke Markas Angkatan Tugas Bersama 2(MK ATB 2). Lawatan ke markas tersebut diadakan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas dan meninjau secara dekat pelaksanaan Op PASIR, Kesiapsiagaan Anggota, Aset dan Logistik ketenteraan. Adly juga diberikan taklimat berkaitan pengurusan Keselamatan di Pantai Timur Sabah.
Lawatan kerja tersebut turut dihadiri oleh Dr. Mohd Bakhri selaku Timbalan Ketua Setiausaha(TKSU) Pembangunan Kementerian Pertananan. Kemudian Adly yang juga Naib Presiden AMANAH, telah melakukan tinjauan ke tapak Projek Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera(RKAT) ATB 2 di Kem, Kukusan, Tawau bagi melihat kemajuan pembinaan tersebut. Jelas Adly pembangunan RKAT ini dirancang bagi memenuhi keperluan warga Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dalam aspek kebajikan berteraskan tema Malaysia Madani dan Blue Print Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan.
Blue Print tersebut akan memberikan faedah bukan sahaja kepada warga tentera tetapi termasuk keluarga warga tentera. Sebagai rekod, kerajaan melancarkan Blueprint Perumahan MINDEF 3.0 atau BP3.0 bagi menumpukan penyediaan baki keperluan 12,733 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) seluruh negara menerusi lima fasa bermula tahun 2023 hingga 2030. – SelangorToday