SelangorToday

‘TIMBALAN MENTERI PERTANIAN MAKAN GAJI BUTA?’ – SOAL USTAZ ZOLA

Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Nasional, Ustaz Zolkharnain Abidin atau dikenali sebagai Ustaz Zola mempersoalkan peranan yang dimainkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dibawah pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri. Kata beliau timbalan menteri bukanlah anggota kabinet dan mereka tidak mempunyai kuasa penuh selain merujuk kepada menteri. Maka apa peranan timbalan menteri Pertanian sehingga dua orang?

Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Nasional, Ustaz Zolkharnain Abidin

Mengimbau semasa PH memerintah, Ustaz Zola menyatakan semasa PH memerintah hanya ada seorang sahaja timbalan menteri Pertanian. Seorang timbalan menteri zaman PH boleh jalankan tugas yang sama dengan dua timbalan menteri pertanian di zaman ini. Sedangkan tugas timbalan menteri hanyalah menjawab soalan-soalan bagi pihak menteri di parlimen dan mewakili menteri untuk apa-apa acara sahaja. Adakah selain itu, pusing-pusing kerusi di pejabatnya sahaja?

Tambah bekas Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) itu menulis dalam laman sosialnya lagi, timbalan menteri Pertanian sekarang ini pun hanya sekadar buat-buat sibuk sedang pegawai-pegawai menteri lebih tahu berbanding timbalan menteri yang sembang pandai sahaja kah?

Exit mobile version