Himpunan yang diadakan di Istana Kehakiman pagi tadi bagi memberikan tanda solidariti kepada Najib Tun Razak atas rayuan beliau sama ada Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri itu mendapat tahanan rumah atau tidak telah dihadiri oleh orang kanan kepada Muhyiddin Md Yassin, Hamzah Zainuddin selaku Timbalan Presiden BERSATU.
Selain Hamzah, menteri besar yang menganggotai SG4 dibawah penasihat Tun Dr. Mahathir turut serta dalam himpunan tersebut. Beliau adalah Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor dan Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
Sebelum itu PAS sebagai peneraju utama himpunan tersebut dilihat bercanggah pendapat dengan rakan sekutunya BERSATU berkaitan langkah pembelaan parti yang pernah bermuafakat bersama UMNO itu dalam membela NajIb Tun Razak.
Hal ini menimbulkan ketidakselesaan buat beberapa pimpinan BERSATU yang melihat pembelaan kepada Najib mampu menggugat kesepaduan antara BERSATU dan PAS.
Walaubagaimana pun, PAS tetap menganjurkna himpunan tersebut setelah hanya 200 orang sahaja yang menyertai himpunan Bangkit Ummah di Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Turut serta menghadirkan diri adalah Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Machang, Wan Fayshal dan pimpinan BERSATU serta PAS yang lain.
Pun begitu, Pengerusi Perikatan Nasional(PN), Muhyiddin dan Penasihat SG4, Tun Mahathir tidak kelihatan dan tiada sebarang komen sejak isu Adendum ini berbangkit.