SelangorToday

TIMBALAN PRESIDEN PAS ANUGERAH TENDER TEBATAN BANJIR PADA SYARIKAT SAKIT

Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendakwa Kementerian Alam Sekitar dan Air yang dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menanugerahkan tender tebatan banjir kepada syarikat yang sedang sakit. Tambah Rafizi dalam sidang medianya hari ini, Rafizi berkata, Syarikat yang dimaksudkan adalah Syarikat Mangku Bumi yang dipunyai oleh Tan Sri Zainuddin Karjan. Kata Rafizi lagi, bukti-bukti bahawa syarikat tersebut sedang sakit adalah, adanya petisyen hutang-hutang projek sebelum ini yang belum dilangsaikan kepada kontraktor terlibat oleh Syarikat Mangku Bumi. Selain itu, setelah disemak secara terperinci, tiada sebarang penyata kewangan yang dikemukakan sepanjang syarikat tersebut ditubuhkan.

Abdul Azeez Abdul Rahim kenalan rapat Tan Sri Zainuddin Karjan

Kedudukan projek yang dilaksanakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air yang besar dan penting untuk mengatasi keadaan banjir dalam negara sepatutnya memilih syarikat yang berpengalaman dan menyakinkan bagi mengelakkan pembaziran wang negara. Rafizi juga memaklumkan setelah mendapat projek tebatan banjir di Durian Tunggal Melaka melalui tender terhad pada tahun 2021, Syarikat Mangku Bumi sedang mencuba untuk mendapatkan projek seterusnya melibatkan Loji Langat 2 melalui tender terus. Rafizi juga berkata, Tan Sri Zainuddin Karjan merupakan penasihta Kelab Putera UMNO Malaysia dan merupakan teman rapat kepada Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim.

Persoalan mengapa apa hubungan antara Ahli Parlimen Kubang Kerian itu dengan tokoh korporat mesra UMNO perlu disoal sendiri oleh pimpinan PAS kepad Tuan Ibrahim, yang lebih penting adalah penjelasan Tuan Ibrahim kepada umum, mengapa kementerian pimpinan beliau menganugerahkan tender-tender yang melibatkan jumlah kewangan yang besar kepada syarikat yang tidak sempurna keupayaannya. – Selangor Today

Exit mobile version