Menteri Pendidikan Tinggi, Khaled Nordin menegaskan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) yang cuba mengelirukan orang awam berkaitan akreditasi MQA. Di Dewan Rakyat hari ini, beliau menyatakan bahawa terdapat kes dimana IPTS menawarkan pengajian yang tidak mendapat akredit MQA tetapi meletakan akreditasi itu untuk menarik keyakinan ibubapa pelajar agar menyertai pengajian tersebut. Tindakan ini membolehkan kerajaan mengambil tindakan tegas kepada IPTS yang terlibat. Tambah beliau, tindakan undang-undang boleh diambil dibawah Seksyen 96 dan 97 Akta MQA 2007.
Beliau menyatakan tindakan kerajaan tersebut ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kinabatangan yang mengajukan peranan kerajaan dalam menangani penipuan akreditasi MQA melibatkan IPTS di Malaysia. Khaled yang juga Naib Presiden UMNO menambah, setakat Januari 2023 terdapat 416 IPTS yang ditubuhkan di Malaysia melibatkan 513 000 orang pelajar dalam dan luar negara. ia juga memberi keuntungan kepada kerajaan melibatkan bilion ringgit.
Ketika menjawab langkah kerajaan yang lebih proaktif dalam menangani kewujudan IPTS yang hanya bersifat keuntungan semata-mata tanpa melihat kepada keberkesanan pendidikan, Khaled berkaya ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) untuk menubuhkan sesebuah IPTS, antaranya ialah Ahli Lembaga Pengarah IPS yang hendak diwujudkan sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman 3 tahun dalam organisasi. Kedua, modal berbayar untuk IPTS tersebut dari RM1 juta kepada RM15 juta. Syarikat yang mahu menubuhkan IPTS perlu mencatat keuntungan selama 3 tahun sebelum menubuhkan IPTS. IPTS yang bakal ditubuhkan juga mesti mempunyai perancangan jangka masa 5 tahun bagi mengelakkan IPTS terbubar dalam tempoh 2, 3 tahun. Akhir sekali, semua IPST mesti mewujudkan sistem jaminan kualiti yang memantau keberkesanan pendidikan di IPTS. –Selangor Today