SelangorToday

TOK MAT SENDIRI MINTA KKM KELUAR KOMPAUN – DR. DZULKEFLY

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pegawai diberi kuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan berjumpa Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini untuk menyerahkan notis kesalahan dan diberikan kompaun.

Dr Dzulkefly menerusi X berkata, pejabat Menteri Luar telah pun dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Jujurnya, YBM DS Mohamad Hassan sendiri minta KKM mengeluarkan kompaun ke atas kesalahan tersebut dan beliau memberitahu saya, kompaun akan dibayar,” katanya.

KUALA LUMPUR, 27 Disember 2018 – Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan ketika ditemubual Mingguan Malaysia di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Gambar FAUZI BAHARUDIN Pemberita Mingguan Malaysia

Semalam, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tiada sesiapa yang terlepas daripada undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) jika merokok dalam restoran.

Dalam satu hantaran di X, Dr Dzulkefly mengulas pemilik akaun X yang mendakwa Menteri Luar, Mohamad Hasan atau lebih dikenali Tok Mat sedang merokok di sebuah restoran.

“Setelah Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awan, 2024) berkuat kuasa pada 1 Oktober yang lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa ‘Tiada siapa yg boleh mengatasi undang-undang,” balas Dzulkefly di X.

Dzulkefly mengulas gambar yang dimuat naik di akaun @MsianInciter memaparkan individu dipercayai Mohamad sedang memegang rokok bersama sekumpulan lelaki.

Menurut akaun X berkenaan Timbalan Presiden UMNO itu didakwa merokok di sebuah kedai makan ketika pulang ke kawasan.

Pemilik akaun itu juga memaparkan poster mengenai 28 tempat larangan merokok oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut berkenaan tarikh dan masa perbuatan itu dilakukan, selain nama restoran itu juga tidak didedahkan.Dzulkefly berkata, Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Oktober lalu akan dilaksanakan tanpa dwistandard. – Berita Harian

Exit mobile version