SelangorToday

TOK MAT TEGUR MCA DAN MIC, KURANG SENANG TAK KEMPEN PRK KKB

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional(BN), Mohamad Hasan menegur langkah yang diambil oleh dua parti komponen BN itu iaitu MCA dan MIC untuk tidak turun berkempen di Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu akan datang.

Mengulas langkah tersebut, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO menegaskan sebagai anggota parti dalam Kerajaan Perpaduan, MCA dan MIC sepatutnya membantu parti yang mewakili kerajaan menang dalam PRK tersebut.

Ini disebabkan oleh ketika BN bertanding di DUN Pelangai tahun lalu, semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan berkempen untuk memenangkan calon BN sebagai wakil Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini MCA memaklumkan bahawa parti yang hanya mempunyai 2 kerusi di Parlimen itu tidak akan turun berkempen melainkan calon yang bertanding adalah BN. Turut sama MIC yang hanya mempunyai seorang ahli parlimen. –SelangorToday

Exit mobile version