SelangorToday

TOLAK POLITIK GHULUW ALA MAHIADDIN YASIN – RIDZWAN ABU BAKAR

Kenyataan Mahiaddin Yassin selaku Pengerusi PN dalam kempenya di PRN Pulai semalam merupakan bibit-bibit permulaan kepada politik ghuluw dan ekstremis. Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Ustaz Ridzwan Abu Bakar menempelak amalan politik yang dimainkan oleh PN yang turut dianggotai oleh PAS. Kata Ustaz Ridzwan lagi, Mahiaddin bertindak selaku mufti swasta dan mengeluarkan fatwa swasta yang menjatuhkan hukum haram mengundi calon HARAPAN Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat. Sedangkan hukum tersebut dikeluarkan tidak bersandarkan kepada apa-apa dalil dan ia dipengarahui oleh sentimen kebencian beliau kepada HARAPAN dan BN.

Mengambil contoh amalan ektremis zaman pasca kewafatan Baginda Rasullulah SAW, Ustaz Ridzwan memetik tindakan golongan khawarij yang selalu menggunakan dalil-dalil Al-Quran untuk menjatuhkan sesuatu hukum Haram mahupun kekufuran  kepada kelompok lain. Tambah pimpinan AMANAH Kedah itu lagi, ciri-ciri khawarij mudah untuk menjatuhkan hukum Haram kepada pihak lain. Maka khawarij merupakan kelompok yang mempelopori pemikiran ghuluw dan ekstremis.

Jelas Ustaz Ridzwan, PN sentiasa menggunakan terma agama sesuka hati demi kepentingan mereka. Dalam Pilihan Raya Umum tahun lalu, sekolompok masyarakat yang menggelarkan diri mereka sebagai ulamak mengisytiharkan wajib menyokong PN secara syarienya. Manakala semalam, Pengerusi PN pula mengeluarkan fatwa politiknya tanpa hujah yang jitu dan jelas. Maka Ustaz Ridzwan menyeru masyarakat awam untuk menolak politik ghuluw yang diamalkan oleh PN serta membenamkan kelompok PN dalam PRK 9 September ini. – Selangor Today

Exit mobile version