SelangorToday

TOLAK POLITIK KOTOR | AZAM 2022 KETUA PEMUDA AMANAH SELANGOR

Ketua Pemuda AMANAH Selangor,Sdr. Danial Al- Rashid Harun berazam bahawa tahun 2022 akan menjadi tahun yang lebih agresif untuk jentera Pemuda AMANAH Selangor di semua peringkat untuk menolak amalan politik kotor. Kata beliau, amalan politik kotor yang jelas kelihatan sejak langkah Sheraton berlaku awal tahun 2020 itu telah memberikan impak negatif buat rakyat khususnya.

Sdr. Danial Al-Rashid

Beliau yang juga anggota Jawatankuasa Pengurusan Pemuda AMANAH Nasional itu menambah, bahawa aspek pemerkasaan pendidikan diri beliau akan tetap menjadi keutamaannya meskipun beliau berada dalam keadaan yang sibuk dengan kerjaya sebagai ahli politik. Tegas beliau, berusaha menambah ilmu pengetahuan sebagai asas kepimpinan merupakan satu yang dianggap ibadah dalam agama.

Sambil mengimbau kenangan pahit buat negara tahun lalu akibat bencana Covid-19 dan banjir yang meragut banyak nyawa itu, beliau berkeyakinan bahawa tahun 2022 ini akan diperkemaskan jentera Pemuda sambil membawa aspirasi jiwa anak muda dalam arena politik negara. 2021 telah menjadi pengajaran buat beliau setelah memimpin Pemuda AMANAH Selangor dan memimpi jentera Pilihan Raya Pemuda Negeri untuk Pilihan Raya Negeri Melaka dan Sarawak.

Exit mobile version