SelangorToday

TUBUH JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PARLIMEN SEMAK DASAR FISKAL NEGARA – DR.DZULKEFLY

Bekas Menteri Kesihatan, Dr.Dzulkefly Ahmad mencadangkan kepada kerajaan sama ada wajar jika sebuah jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan hanya dengan agenda untuk menyemak imbang dasar fiskal yang ditetapkan oleh kerajaan. Beliau mengambil contoh pendekatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan kesihatan yang beliau sendiri menganggotainya. Katanya, dalam jawatankuasa tersebut, penyokong kerajaan dan pihak pembangkang akan memantau dan memberikan pandangan kepada kabinet sebagai badan pelaksana sesuatu dasar. Maka ia juga wajar ditubuhkan demi memastikan kebertanggungjawaban dalam setiap dasar yang ditetapkan kerajaan berkaitan fiskal negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kecekapan Konserversi Tenaga di Dewan Rakyat tempoh hari juga turut memohon kerajaan melihat semula kesediaan kerajaan menetapkan dasar jaminan kerajaan pada kadar 25% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kerana, ketetapan tersebut  mendorong golongan penganalisis ekonomi mempersoalkan perbezaan sebelum dan selepas RUU ini diluluskan memandangkan ada beberapa Syarikat Berkaitan Kerajaan masih meminjam dengan jaminan kerajaan seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Sidang Dewan Rakyat minggu ini dipenuhi dengan pelbagai RUU baru termasuk RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Air, Penerangan isu Beras, Jerebu, LTAT dan Reformasi Penjara serta solidariti kepada Palestin. Kesemua aturan ini dilaksanakan sebelum pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini di Dewan Rakyat. – SelangorToday

Exit mobile version